Saturday, 24 September 2016

5 tips penjagaan dan memanjangkan hayat mesin basuh by Zaki 01111700097

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Di sini saya ingin kongsikan cara2 menjaga dan memanjangkan hayat mesin basuh anda atas pengalaman saya membaiki mesin basuh dan peti sejuk dari rumah ke rumah..
(1)JANGAN LETAK MESIN BASUH ANDA DALAM TANDAS

Ia boleh menyebabkan pcb board mesin basuh terkena air dan terbakar. Selain itu kesan  letak mesin basuh di dalam tandas boleh mengakibatkan pengguna terkena renjatan arus elektrik. Dr apa yang saya lihat terjadinya pengguna meletak mesin basuh di toilet berpunca tiada ruang untuk letak mesin basuh. Jika terpaksa anda cuba cari satu alas yg di perbuat dari getah untuk menjadi penebat arus elektrik alaskan dia bawah mesin basuh anda.

(2)JANGAN MEMBASUH KETIKA PETIR

Boleh mengakibatkan pcb board anda terbakar dan jangan lupa cabut plug utk keselamatan.

(3)JANGAN MEMBASUH LEBIH DARI KAPASITI YANG DITETAPKAN
Apa yang saya lihat; kebanyakan pengguna beranggapan kapasiti (contoh 7kg) bermaksud boleh meletak pakaian seberat 7kg.  Hakikatnya  dan sebenar benarnya 7kg itu bermaksud berat pakaian dan juga air oleh kerana itu banyak terjadinya kerosakan pada kompenan mesin basuh yang bernama mekanisme gearbox.

(4) JANGAN MEMBASUH KETIKA TEKANAN AIR RENDAH

Atas dasar pengalaman saya punca terjadinya kerosakan di bahagia feed vale dan juga pcb board berpunca dari tekanan air yg rendah.


(5) PERIKSA POKET SELUAR ATAU BAJU SEBELUM ANDA MEMBASUH

Kebanyakan pengguna mengalami masalah bunyi bising ketika proses mengering dan air sentiasa keluar ketika proses membasuh kebanyakanya berpunca dari duit syiling  yang berada dari poket dan menyebab kan duit syiling tersangkut di laluan air keluar.






Semoga bermanfaat utk anda semua...

Jika anda memerlukan khidmat saya sebagai tukang repair baiki mesin basuh dan peti sejuk boleh la hubungi saya segera untuk datang terus ke rumah anda
di talian 01111700097 whatssap/sms/ jika saya tak angkat pangilan mungkin saya sedang memandu atau sedang membaiki.

No comments:

Repair mesin basuh

  MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBAIK PULIH BARANGAN ELEKTRIK YANG TERPILIH SEPERTI MESIN BASUH,PETI SEJUK,DRYER ,CHILLER & FREZEER SERVICE...